12/22/2009

DKM Old Boys kini di Facebook..!!!!!


Diatas pemintaan ramai,kini satu group khas untuk DKM Old Boys telah diwujudkan di laman sosial Facebook.com . Jadi sesiapa yg mempunyai akaun di Facebook boleh la join group tersebut. Di harap dgn ade nye group tersebut dpt kite terus berhubung di samping berkongsi cerita terbaru...Jumpa di sana....!!!

*p/s - Blog ini masih aktif seperti biasa dan akan terus diupdate dari masa ke semasa

10/15/2009

Projek Akhir Tahun.....Bila??..Dimana??












sila usulkan cadangan mengenai tempat dan tarikh yg sesuai untuk projek akhir tahun kita.Kalau boleh bg detail2 nya sekali senang untuk ahli lain paham..sekian

8/21/2009

Salam Ramadhan Al Mubarak

Buat semua bloggers DKM Oldboys,di sini sy wakil kepada Ahli Majlis Tertinggi Alumni ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa. Semoga Ramadhan kali ini memberi peluang kepada semua untuk terus membuat amal kebajikan di samping dilimpahkan rezeki yg halal.

Jadi ,ape kata untuk mengisi masa lapang di bulan Ramadhan ini,kita borak-borak mengenai pengalaman atau kisah2 silam kita masa menyambut bulan Ramadhan di poli dulu or mungkin ada cadangan untuk berbuka puasa bersama???...

8/17/2009

TAKZIAH BUAT AS SEKELUARGA..


Buat semua rakan2 dkm,mari kita sama kita sedekahkan AL FATIHAH buat Allahyarham bapa kepada rakan kita ,ASMARANI kerana bapa beliau sudah kembali ke rahmatullah semalam . Mungkin hari-hari mendatang merupakan hari yg sukar buat AS, jadi sebagai rakan,mari lah sama2 kita memberi semangat kepada beliau...AL FATIHAH,semoga roh bapa AS di tempatkan bersama golongan2 orang beriman...AMIN

7/03/2009

Kerinduan Terubat ....


Walaupun menghadapi berbagai rintangan dan cabaran, mini reunion a.k.a mid year reunion tetap berjalan dgn lancar. Terima kasih kepada semua ahli yg telah menghadirkan diri dari pagi hingga ke malam,sedikit kecewa kerana ade beberapa org yg tidak dapat join pada sesi malam atas sebab2 yg tidak dapat dielakan,jika tidak reunion ini pasti lebih bermakna.

Walaupun tidak semua dapat hadir,di harap dgn ade nye mini reunion atau reunion yg sebenar seperti ini dapat meneruskan tali persahabatan kita semua yg kita bina selama 3 tahun di Politeknik dulu.Mungkin masing2 sudah ada haluan sendiri,jadi dgn cara ini saja dapat kita berhubung dan bermesra walaupon seketika tp ia cukup bermakna di samping dapat bertukar cerita dan mengimbau kenangan silam bersama.Semoga reunion ini bukan yg terakhir malah menjadi pemangkin untuk kita rancang reunion yg lebih 'grand'..sekian

senarai yg hadir
-Din
-Emir
-Apeq
-Caie
-Pakcik
-Makcik (As)
-Joe
-Azam
-Pijamx
-Aidil
-Baim
-Anding
-Rif'at
-Apis (dmp)
-Pejal

*untuk muat turun gambar-->http://picasaweb.google.com/dkmjulai/ReunionJune06#
*untuk muat turun video--> http://www.youtube.com/watch?v=7t86d_kTX5s

6/04/2009

Mini Reunion????



Oleh kerana beberapa sbb yg tidak dapat dikenal pasti, topik reunion yg di bincangkan dlam post yg lepas menemui jalan buntu,dimana tiada keputusan yg dapat dibuat.Jadi bagi untuk menggantikan reunion yg tidak kesampaian itu,pihak Majlis Tertinggi Alumni DKM bersetuju untuk membuat satu 'mini reunion',itu pun jika mendapat persetujuan para ahli. 'Mini reunion' ni bermaksud satu perjumpaan yg ringkas seperti lepak2,futsal,karaoke atau berkelah di air terjun di mana tidak perlu bermalam di mana2 tempat penginapan. Ini mengambil kira ahli2 yg sudah bekerja yg sukar mendapat cuti serta keadaan ekonomi yg tidak mengizin kan kita untuk berbelanja besar.Harap maklum.

Jadi pendapat para ahli berkaitan dengan tempat dan waktu yg sesuai untuk mengadakan mini reunion ini.Semoga ia terlakasana ...amin


yang menjalakan tugas,
Setiausaha Alumni

12/23/2008

PROJEK 2009 : Ape Cer..???

Bile nak lepak lagi ni weh...